Pages

Thursday, May 10, 2012

Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah

Assalammualaikum



Kerjaya sebagai seorang guru,bukan mudah.Nampak mudah bukan,hanya perlu masuk ke kelas dan mengajar.Tamat masanya,keluar dan pembelajaran akan berakhir disitu.Namun,ianya bukan semudah itu.
Mungkin cuma 8 jam berada di lingkungan kawasan sekolah,namun tugas sebagai seorang guru itu,tidak berhenti disitu.Cuti panjang,bestnya jadi cikgu......tak macam pekerja lain.Alahai,kalaulah korang tahu cuti tahunan seorang guru cuma ada 7 hari SAHAJA.yer,7 hari sahaja.Bagaimana jika terjadi apa-apa ketika musim persekolahan dan menuntut seorang guru mengambil cuti?......Tugas bukan sekadar mengajar,malahan mendidik para pelajar agar menjadi seorang insan yang berguna.Itu motif utama seorang cikgu...dan eca bangga pernah merasakannya ketika menjadi guru sandaran,tambah menguatkan lagi apabila kita menuntut dalam bidang Bachelor of Education.Insyaallah,tugas mendidik tidak akan berhenti.


Untuk guru yang amat disayangi.
Dari langkah pertamaku,kau menyambut dengan senyuman.
dari tulis baca kiraku,kau mengajar penuh kesabaran.
dari kosong,kau jadikan aku beribu.
dari bawah,kau naikkan ku keatas.

wahai guru tersayang,
tiap tutur lembutmu buat aku terpegun,
tiap amarahmu buat aku tersenyum,
nakalnya kami,naifnya kami
kau tetap menjadi inspirasi buat kami.

guruku,
tanpa jemu dan lelah kau didik kami,
sehingga kami menjadi seperti yang kau harapkan,
kami disini keranamu,
menyambung perjalanan yang masih panjang.

jika hari ini,aku berjaya menulis sebuah puisi,
kuhadiahkan puisi ini buatmu.
jika hari ini,kau lihat sebuah rumah tersergam indah,
maka rumah itu ada kasih sayangmu.
jika hari ini,ada yang tersenyum keranaku,
akan kukatakan semua dari guruku.

omelanmu menjadi penguat semangat saat kami hampir jatuh,
candamu penghibur hari-hari kami,
sungguhnya aku rindu saat itu,
saat kau mengajar dan mendidik tanpa jemu,
saat kau mendengar curahan hati kami,
apatah saat kami mencari sinar dalam hidup.

walau jauh,doa kami kirimkan.
agar kau juga bahagia selamanya.
kasih sayang yang kau berikan pada ku,
akan ku curahkan pada yang sepatutnya.


buatmu guru kami,seorang guru yang tak pernah jemu melayan kami,
biar kami diherdik oleh yang lain,biar kami dimalukan oleh yang lain,
biarpun kenakalan melampaui batas kehidupan,
dia cuma tersenyum dan bangga menjadi guru kami.

erkk,terkonang zaman form 3 dulu.jajal semuanya,tapi guru kelas kami maintain je!.
takde nak melintang bagai bila kami nakal.mestilah kami sayang dia,seperti dia sayang kami.
dimana pun cikgu Rozana Md. Zawawi berada,dia tetap dalam hati kami.

nak TAG --> Along Nida dan IntaNBerlian pulak.
join sebelum 16 Mei 2012.

dan buat kak Mala ;;
"Selamat Hari Guru,semoga menjadi guru yang cemerlang dunia dan akhirat.Jangan sesekali merasa lelah dalam memberi ilmu,kerana ianya tugas yang amat mulia sekali.Insyaallah,ganjarannya disyurga nanti akan tinggi nilainya.amin."



2 comments:

DAIRI SEDETIK LEBIH said...

Berjalan dan melawat blog awak. Nak jemput awak join segmen Farisha -> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html

Mala Nasohah said...

Thanks eca coz sudi join